pangkor camping


                           perangkap banyak siut *menyampah



salam orang-orang . hahaha . .

Isnin 20.6.11
1* sekolah aku ada ajak aku bawak pegi camping kat pangkor bersama lapan orang lagi . nama camping tu Program Perkhemahan Lanjutan Aktiviti Sekolah Menengah Peringkat Negeri Perak 2011 bertempat di Pusat Kokurikulum Perak, Pulau Pangkor . perghh , bayangkan lah last minute kowt cikgu tu yang handlekan program camping nak bagitahu aku time dalam kelas . time tu dah lah first subject , SEJARAH pulak tu -.- kacau line betoi aku nak belajor . hiish . cikgu tu suroh aku pergi pejabat sekolah secepat cepat sebab nak kena call parents . time aku nak pergi pejabat tu , perghh aku berlari lari macam orang athlete kata kan . wohoo -.- dah sampai pejabat tuu nampak kerani kat depan then aku cakap arh ada cikgu tu minta suroh call parent sebab nak pergi camping tu . dah call parent  pastu bagi kebenaran ape semua . cikgu tu datang lah ke pejabat sekolah pastu dia cakap lagi suruh pergi naik dorm aku sebab nak packing baju n seluar n bla bla bla . . dah siap packing bag aper semua tuu aku bawak arh beg yang besar gedabak bawak p pejabat . berat gile babeng ciut . dalam setengah jam macam tu arh bas sekolah teknik datang bawak kiteorang pergi pangkor . dua jam perjalanan agak yer nak sampai  .

2* apabila sampai di terminal feri lumut . aku n lapan orang lagi tu bersama 20 sekolah diseluruh perak terus 
masuk dalam feri menuju ke pulau pangkor . dalam feri wacakapa memang pening bhai ! ! terhuyung hayang feri atas laut tuu . rasa macam nak termuntah pun ada kowt . huuuh -.- 25 minit perjalanan feri tu sampai lah di teminal feri pulau pangkor . nak ke pusat kokurikulum tu memang kena naik bas mini . dalam bas mini tu macam nak roboh bumbung siut . terpaksa arh duduk diam diam kat dalam bas tu . 10 minit sampai lah pusat kokurikulum tu . aku diberi taklimat dari tuan pengurusan kem tu . dah habis taklimat kena larh pulak pergi tapak khemah yang akan aku tidur, makan, gigit nyamuk apa semua yer tuu lahh . huuuh -.- sebelum diri kan khemah mesti lah ada ber-group . aku group dengan sorang budak india , cina n melayu sorang . jumlah yer 4 orang . dah habis buat group kena lah diri kan khemah . alah , senang macam kacang kuda kowt . hahaha . dah siap pasang aku pun pergi arh mandi kt dalam bilik air . sembayang maghrib n  buat sembayang jamak untuk isyak pastu pegi arh makan kejap . dalam pukul 9.30 pm kena lah pulak pegi pusat kokurikulum tu balik . aktiviti time tu kena buat lah ice-breaking . semua kumpulan ice-breaking mesti 10 orang setiap 6 group . aku dapat group 6 . budak dalam group aku sporting kowt . aku still kenal lagi jai , azam , zi cheong , aiman , rohani , jannah , d'yana , thurges 'tong gas' , ennie tan . dalam pukul 11 pm balik khemah pastu tidur nyeyak sambil digigit nyamuk sebesar gedabak ibu jari . LoL 

selasa 21.6.2011
1* pukul 5 am terjaga dari tidur , mandi , sembahyang n breakfast laah jap . wakil pelajar jerit suroh berkumpul sebab nak buat stretching . jurulatih buat macam macam stretching sebab mungkin ada berkayak ngan jungle trekking . dah habis buat stretching , jurulatih arah kan group 5 , 6 , 7 dengan 8 buat aktiviti berkayak . group lain tu buat aktiviti jungle trekking . group aku semesti yer turun ke pantai untuk berkayak . sebelum berkayak mestilah kena buat exercise basic untuk berkayak . berkayak sudah bermula ! ! pastu terkejut aku sebab ada member sebelah cakap mungkin 3 jam berkayak sebab nk berkayak tu kena pergi ke teluk segadas 3km dari pusat kokurikulum pangkor tu . pergghh . macam gampang siut . time tengah berkayak ni aku dengan member perempuan . aku duduk belakang dia duduk depan . bayang kan lah time tu panas terik membakar kulit . dua jam berkayak tu aku rasa lain macam arh sebab rasa penat , pening yer dengan rasa macam nak termuntah *mabuk laut punya pasal . haha . member kat depan aku ni lagi teruk . aku suruh berehat jap tapi degil telinga tu . budak tu dah lah tak makan yer lah dengan degil lah , pastu padan muka kau termuntah tengah tengah laut tu . lain kali cuba lah dengar sikit cakap orang ni . haiyoo . tapi kesian lah aku tengok minah tu . terpaksa panggil bot keselamatan tu arh . 5 minit sampai bot tu . aku dengan dia terpaksa kena angkut masuk dalam bot . aku dituju ke teluk segadas . 

2* sampai akhir ye teluk segadas tu . memang suasana tempat tu cantik dengan pasir putih n memang nyaman dowh . jurulatih yang handlekan kayak ni suruh tunggu budak budak lain sampai . dalam sejam lebeh arh baru budak kayak yang lain tu sampai . jurulatih arah kan suruh berkumpul kat depan pondok . dia taklimat pasal kat teluk segadas tu lah . setengah jam budak budak dari group 1 , 2 , 3, 4 yang buat jungle trekking pon sampai . dorang duduk arh dalam group pastu aku tengok arh kaki budak budak penuh dengan pacat a.k.a penghisap darah toksin dalam badan . dorang tarik satu satu pacat dari kaki budak budak tu . memang darah meleleh jatuh ke tanah . jurulatih arah klan semua pergi mandi , makan , solat zohor dengan jamak asar sekali . bila dah buat semua tu jurulatih cakap suruh buat aktiviti ikhtiar hidup . ikhtiar hidup tu macam pandai uruskan diri sendiri atau berdikari lah . yang ni lain macam arh sebab jurulatih suruh masak . adoyy . senang bhai . nasib baik aku ambik kursus katering . haha . menu nak kena masak tu kuih melaka , lauk sardin , sup sayur dengan teh O . budak budak group aku ada lah kena kutip ranting , daun kering n macam macam arh . bila dah settel masak apa semua yer . budak budak bawak larh makanan tu hidang kan kat depan cikgu n jurulatih . dorang puji kowt masakan aku . wohoo -.- merah gila muka aku sekarang ni . haha . 

MAAF . MASALAH NAK TAIP . MENGANTUK PUNYA PASAL . AKAN DISAMBUNG CERITA . TQ :)

P/S : NAK TENGOK GAMBAR . CLICK - hari pertama & kedua 
                                                                    - hari ketiga & keempat