outing . uhhh

assalammualaikum .

pasal aper aq tulis tajuk tuu . member aq punyer pasal larh suroh tulis . mengong koe ! ! ggrr -.- nie cerita semalam arh aku , iesamawati , fatin najihah , farizul fikri , norul azhikin , rafidah , zura , nasrul hakim , susanti , samawati , norabilah , asmaa dan ramai lagi arh kebudakan nie pegi outing . outing pergi maner ? ohh , tempat yang kurang sosial arh kt MID VALLEY . perggh , boleh bayang kan dri kiteorang gerak dalam pukol 11stgh sampai arh ker pukol 6 lebehh . huiishh , kaki melecet ! !

dalam tempat besar gedabak macam tuu pon giler crowded of human bebeh ! ! alah , biasa arh . tempat lepaking kebudakan dan tempat coupling-coupling . haissh , aq tulis lain fikiran aku kata lain . arrhh , lantak koe larh . nak tahu aper jenis budak kaya macam kiteorang buat ? kiteorang juz watching wayang , beli buku ilmiah , shopping aper ntah minah-minah tuu beli dan lagi satu paling syok . . . makan larh ! !

hurmm , then kiteorang ambik arh some shooting action as picture kat dalam MPH Bookstore . urm , aku kat situ pon maluu kowt sebab customer kat situ sumer pandang tajam semacam . tapi kiteorang jenis buat tak kisah so , lantak jer dorang tuu -.- .

dah habis shoot tuu shoot nie , kiteroang balik arh ker rumah masing-masing . pergghh , satu hari yang memenatkan . fuhhh . . .









p/s : picture yang lain sebenar yer berlambak . tp , malas nk upload takot2 sesak blog aku . ggrr . tp , nk tengok yang lain hanya di emily eima  atau atty wywy .

my second home : kuala kangsar ! !

assalammualaikum . . 

sudah dua bulan aku duduk kt rumah kedua aku , KUALA KANGSAR , PERAK DARUL RIDZUAN . tiada ayah , emak , sibling aku yang mcm gampang , orang KL dan orang segambut untuk meriangkan lagi hari-hari aku . al-kisah tentang kuala kangsar  memang baguss sebab dpt kenal dengan lebih mendalam tentang bandar diraja ini . 

Kuala kangsar adalah merupakan Bandar Diraja dan bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk tempatan dan IKS (Industri Kecil dan Sederhana)yang menarik. Terletak kira-kira 48 kilometer ke utara dari Ipoh. Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa. Kuala Kangsar dapat dihubungi melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), jalan persekutuan dan melalui kemudahan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Kuala Kangsar juga merupakan sebuah daerah yang ditadbir oleh Pejabat Daerah Kuala Kangsar dan bagi kawasan perbandaran ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Pusat pertumbuhan utama daerah adalah Bandar Kuala Kangsar, Sungai Siput (U), Padang Rengas, Manong, Sauk, Karai, Salak, Lintang dan Lasah. Bandar Sungai Siput (U) merupakan pusat pertumbuhan kedua terbesar selepas Bandar Kuala Kangsar. Aktiviti ekonomi utama adalah terdiri daripada aktiviti pertanian.

Cerita tentang sejarah kuala kangsar pula Negeri Perak lahir dari aliran air yang menebing di Sungai Perak daripada puncaknya di Ulu Belum hinggalah ke muaranya di Selat Melaka. Dari zaman awal lagi orang tertarik dengan keistimewaan sungai ini lalu memudikinya sambil mencari tebing yang baik untuk mendarat. Mereka adalah peneroka yang datang membuka tempat baru dan berinteraksi dengan pribumi hingga menjadi orang Perak seperti yang ada sekarang.

Mereka memudik dengan sampan hingga sampai ke suatu anak sungai di tebing kiri Sungai Perak. Dalam kiraan mereka kuala sungai ini adalah bersempena, lebih-lebih lagi tebingnya rendah, tanahnya subur dan permandangannya sungguh indah. Kebetulan mengikut kiraan mereka kuala sungai ini ialah yang ke seratus kurang satu, atau 'Kuala Kurang Sa'. Kononnya itulah nama asalnya, "Kuala Kurang Sa" dan kemudiannya disebut "Kuala Kangsar" sahaja. Namun begitu terdapat versi mengatakan mengambil sempena nama pokok kangsar yang banyak tumbuh di tebing-tebing sungai.

Walaubagaimanapun, Kuala Kangsar sebenarnya adalah satu lokasi yang sangat baik, bukan sahaja sesuai sebagai tempat mendarat, tetapi memang baik untuk penempatan, untuk bercucuk tanam, untuk pusat perniagaan. Di daratnya seseorang boleh meneruskan perjalanan menyusur sungai hingga ternampak Gunung Pondok di Padang Rengas, iaitu satu mercutanda yang memandu orang dalam perjalanan ke Larut ataupun dari Larut.

Berdasarkan keistimewaan ini kita membuat kesimpulan bahawa Kuala Kangsar dan kawasan di sekelilingnya adalah tempat tua, sudah berabad-abad lamanya didiami orang.Pokok getah yang pertama ditanam di Malaysia yang kini berusia lebih 100 tahun masih hidup subur di perkarangan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Kangsar. Saiznya tiga atau empat pemeluk.